Preloader
Check
Pricing

7 Tip Sahur untuk Bulan Ramadan!

Di bulan Ramadan, pemilihan makanan adalah penting untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari.

Jadi, eTRUCX ingin kongsikan 7 Tips Sahur untuk Bulan Ramadan ini!

  1. Minum air kosong

    Di bulan yang mulia ini, badan kita akan kehilangan lebih banyak air dari biasa. Maka haruslah memulakan sahur dengan meminum segelas air sebelum bersahur dan sesudah bersahur.


  2. Makan 3 biji kurma

    Memakan sekurang-kurang 3 biji kurma sebelum memakan makanan lain seperti nasi. Kelebihan kurma ialah, ianya lambat dihadam dalam perut & ianya dapat membantu menahan lapar.


  3. Makan buah-buahan

    Buah-buahan adalah antara menu yang baik untuk sahur dan juga untuk berbuka. Buah-buahan mengandungi elektrolit yang dapat memberikan kesegaran kepada badan sepanjang hari.


  4. Makanan berzat besi

    Semasa berpuasa, sel darah merah di dalam sistem badan kita akan berkurangan dan badan akan terasa letih. Untuk kekal bertenaga, kita harus mengambil makanan yang mengandungi banyak zat besi semasa bersahur untuk meningkatkan jumlah hemoglobin dalam tubuh kita. Sebagai contoh, makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti telur, bayam, kacang, daging tanpa lemak, dan makanan laut.


  5. Pelbagaikan menu sahur

    Untuk hidangan sampingan, anda boleh menambah hidangan sampingan yang kaya dengan sayur-sayuran dan protein haiwan, seperti tempe, tauhu, kacang dan daging atau ikan. Untuk kekal berselera apabila bersahur, anda boleh cuba untuk mempelbagaikan hidangan sahur anda. Sebagai contoh, sediakan roti gandum dengan telur rebus dan isi ayam, pasta dengan keju, broccoli rebus, dan tuna. Juga cuba kentang panggang dengan brokoli, keju dan daging salai, dan sup panas.


  6. Elak makanan bergoreng

    Elakkan daripada memakan makanan bergoreng ketika sahur. Makanan bergoreng akan menyebabkan oksigen menurun sebanyak 20 peratus. Ini boleh menyebabkan rasa mengantuk sepanjang hari.


  7. Makanan yang mengandungi magnesium dan kalsium

    Sempurnakan menu sahur anda dengan memakan makanan yang mengandungi magnesium dan kalsium yang boleh didapati daripada buah-buahan dan kekacang seperti pisang, oren, dan kacang badam. Magnesium dan kalsium membantu tubuh mengeluarkan tenaga untuk aktiviti sepanjang hari.


Previous Next